Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Tidak perlu mencari seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, jika kasih tidak setulus Zulaikha. Mengapa mendambarkan teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah SAW.

Tuesday, 28 January 2014

Tanda-tanda hati mati

  • Kita mengaku kenal dan cinta Allah tetapi tidak melaksanakan haknya.
  • Kita mengaku mencintai Rasullullah tetapi mengabaikan sunahnya.
  • Kita membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.
  • Kita memakan nikmat Allah tetapi tidak mensyukurinya.
  • Kita mengaku musuh syaitan tetapi mengikutnya.
  • Kita mengakui nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Kita mengaku adanya siksa neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya.
  • Kita mengaku bahawa kematian akan datang tetapi tidak berusaha mempersiapkan diri.
  • Kita sibuk membuka aib orang lain dan terlupa akan aib diri sendiri.
  • Kita menghantar dan mengubukan jenazah tetapi kita pula mengambil hikmah darinya.

Alim dan jahil

Orang jahil tidak pernah mengenal orang alim TETAPI orang alim mengenali orang jahil kerna suatu ketika dahulu dia juga pernah jahil.

Wallahualam

Skim cepat kaya di dunia


Nabi Muhammad berkata;-
"Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya"

Indahnya syurga dasyatnya neraka

Bahawa sesungguhnya di dalam ktutbahnya Rasullullah saw bersabda:-

"Ahli syurga ada tiga golongan iaitu para penguasa yang menggunakan kekuasaannya untuk kebenaran dan keadilan, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada sesiapa sahaja, dan orang muslim yang menjaga diri daripada kemaksiatan.

Sedangkan ahli neraka ada 5 golongan iaitu orang lemah yang tidak peduli sesamanya, para pengkhianat, kikir dan pendusta, orang yang akhlak tercela dan penipu yang memperdaya harta keluarga dan orang lain "

Hebatnya wanita menggoncang dunia

Mutiah (orang biasa) adalah orang pertama ke syurga setelah para 'ummahatul mukminin' (isteri-isteri nabi) ke syurga.Dirinya begitu mentaati suami dan disebabkan itu dia ke syurga Allah.


Mohon bertaubat


Gambar ni tiada apa yang salah melainkan benar belaka. AKU AKU AKU cukup terasa. Yaaa cukup terasa hanya dengan melihat gambar ini. Ya Allah. Mohon kau campakkan rasa kesal yang besar dalam diri ini agar aku tidak leka lagi. Dunia ni makin tua. Aku harus cari bekalan. Mohon perlindungan dariMu Allahu Ya Robbi.



Monday, 27 January 2014

Ajal tidak menunggu taubatmu!


Menapaklah ke mana sahaja dan mengembaralah sejauh mungkin bagi mencari cinta Allah. Cinta Allah yang kekal abadi dan tiada kenal arti kecewa. Allahu Ya Robbi.

Sunday, 26 January 2014

Ilmu itu adalah lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Harta itu berkurang jika dibelanjakan bahkan ilmu itu sentiasa bertambah jika dibelanjakan! Allahu.

Bukan senang!


Nak berubah susah tapi istiqomah lagi susah.Tapi kalau xpaksa diri berubah dan istiqomah sampai kapan nak begini saja.Hidup kita bukan panjang lagi. Lepaskanlah semua yang lagha di muka bumi Allah ni pergi. Pergi jauh jngn kembali.

Ya Allah sekalipun aku tidak melafazkan. Aku tahu Engkau tahu apa isi hati aku, Sungguh aku rindu Ya Allah Ya Rasullullah. Aku ingin kembali tetap dalam ajaranMu sebagai Ahli Sunnah Waljamaah dan berdampingan bersama Rasullullah kelak. Tunjukkan aku jalan yang benar Ya Allah.

Muhasabah diri yang hina ini


Segagah manapun kita
Bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat ditahan

Setinggi mana pun darjat
Bukanlah mulia jika iman tiada di dada

Walau setinggi langitpun ilmu
Bukanlah bijaksana jika tak diamal dan diguna

Sealim manapun akhlak
Bukanlah pendakwah jika takbur dan riak

Saturday, 25 January 2014

Surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah mempunyai banyak khasiat contohnya untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin dan banyak lagi.

Wiridkan surah ini sebanyak 41 kali diantara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaiknya diamalkan 40 hari. In Sha Allah berhasil.

-Masa aku buat entry ni, ayah panggil aku, katanya lepas amik wuduk buat solat sunat wuduk kemudian solat sunat subuh kemudian solat subuh. Hmmmm In sha Allah. Semoga Allah permudahkan untuk aku sbb selalunya subuh aku pukul 7 pagi.Memalukan !-

Friday, 24 January 2014

Jangan jadi pemuja dunia!


Bila dunia pergi KAU akan merasa rugi kerana AKHIRAT yang datang KAU tiada bekalan.Bila dunia datang KAU lupa diri kerana terus mimpi dalam KHAYALAN!


Bersyukur


Alhamdullillah. Allahuakhbar
Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam

Tak terdaya melakukan seorang diri. Semuanya bantuan Ilahi. Benarlah,kita sebagai hamba Allah perlu kembali kejalan rahmatNya. Sejauh mana kita mengejar dunia sekalipun tidak akan pernah puas bilamana menjauhi akhirat. Engkau ingat Allah, Allah tak kan pernah mensia-siakan engkau !

Terima kasih Ya Allah 

Thursday, 23 January 2014

Cara berwuduk dengan betul

Luangkan sekejap masa untuk tengok video ni. Cara berwudhuk dengan betul. Kalau asyik fikirkan malas, alamatnya sampai mati la tak berwuduk. Nanti dah mati, orang yang akan wudukkan. Nak ke macam tu? Jangan lupa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.




Sihat sebelum sakit
Tua sebelum muda
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Wednesday, 22 January 2014

kalaulah..



Kalaulah 
Aku boleh minta kepadamu Ya Rasullullah 
Aku cuma minta 
Bawalah aku keluar dari dunia ini
Aku bimbang pertimbangan dosa & pahala aku

Monday, 20 January 2014

Cinta ALLAH



Assalamualaikum cinta
Waalaikumsalam rindu


Apa salah pada cinta ?
Adakah Islam mengharamkan cinta ?


Allah SWT berfirman dalam surah Yasin ayat 36


" Maha suci Tuhan yang telah menciptakan mahkluk-mahkluk semuanya berpasangan. Sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya "


Tidak salah pada PERCINTAAN
Yang salah pada KEMAKSIATAN
Bercintalah kerana ALLAH
Cintanya ke SYURGA
Jangan bercinta kepada nafsu semata
Cintanya menghumban ke NERAKA


Tapi apa hakikat cinta umat islam
Sekiranya ramai anak luar nikah dilahirkan


Kalau ini definasi CINTA 
Haramkan saja cinta itu
Jika benar ia cinta kenapa ia ke neraka
Jika benar ia cinta kenapa ia bergelumang dengan dosa
Jika benar ia cinta kenapa kita makin jauh daripada PENCIPTA


Kembalilah kepada fitrah cinta
Janganlah kamu mencintai mereka yang mampu meninggalkan ALLAH
Kerana mereka juga mampu meninggalkan kamu
Carilah cinta ALLAH
Sebelum kamu mencari JODOH
In sha Allah kamu pasti berjumpa dengan CINTA kamu


Ya Allah jika aku jatuh cinta
Cintakan aku kepada orang yang mencintaiMU
Agar bertambah cintaku padamu


Ya Muhaimin jika aku rindu
Rindukan aku kepada orang yang rindui syahid dijalanMU


Ya Allah jika hambamu ini jatuh hati
Jatuhkan hati ini kepada orang yang menjaga hubungan denganMU Ya Allah
Supaya hati ini tidak mati

-AMIN YA ROBBI ALAMIN-


Sunday, 19 January 2014

anak-anak bulus membesar

Dear all my babies
Korang memang comel
Berbulu lincah lembut
Kadang-kadang geram dibuatnya


Mohon pada Ya Robbi
Engkau pelihara setiap kucing-kucing aku
Jauhkan dorang daripada penyakit
Jauhkan dorang dengan bahaya kat luar sana


Mohon pada Ya Robbi jugak
Agak kuatkan iman aku
Tambahkan level kesabaran aku
Jangan cepat marah lagi-lagi kalau penat
Sesungguhnya kucing-kucing tu tak mengerti apapun


Mohon pada Ya Robbi
Harap dorang membesar dengan sihat
Berbaik-baik sesama kucing
Tak de yang nak bergaduh semua


Anak-anak bulus yang dikasihi
Bila kaklang da dapat alaun nanti
Kaklang beli korang makanan banyak-banyak ok
Kaklang bawak korang gi check kesihatan semua
Yang betina mesti dimandulkan (sorry)
I have too
Kalau tak membiak lagi banyak
Kawasan ruman yang berjiran kekadang tak sesuai


Anak-anak bulus sekalian
Kaklang sayang korang
Jaga diri kalau kemana pun
Jangan nakal jangan berak kat umah orang lain
Ingat tau.


Royal canin (8kg RM 180) + Star Pro (16kg RM 150) + Nasi gaul ikan sardin
By the way, there is no prob sebab kaklang tau korang tetap doakan kesejahteraan kaklang ngan family. Doakan yang baik-baik tau. In sha Allah jadi bekalan akhirat kaklang satu family.



Saturday, 18 January 2014

Rasa susah



Tipulah kalau aku kata aku ok je ngan rasa susah. Aku pun manusia biasa. Selalu mengeluh tak boleh susah sikit. Dah mengeluh merungut lagi. Itulah aku tak berjaya didik hati ni akan perkara redha dan bersyukur. Yang tahu nak sentiasa senang lenang.


Tepuk dada tanya iman. Kalau kita rasa susah, ada ratusan orang lagi kat belakang kita yang berkali ganda lagi susah. MUHASABAH DIRI. Kuatkan iman dalam hati. Bila rasa susah kunci ja mulut ni. Tak payah cakap apa-apa. Mengadu pada Allah yang satu sahaja.


Boleh jadi Allah uji kita. Boleh jadi Allah rindu untuk kita bercakap denganNya. Boleh jadi Allah nak gantikan susah itu dengan 1001 kesenangan. Tiada yang mustahil bagi Allah SWT. Allahuakhbar!





Friday, 17 January 2014

Allah selamat kan kamu


Alhamdulillah. Allahuakhbar. Tiada apa nak diungkapkan. Sehingga ke 22 tahun Allah masih memberi peluang membaiki diri supaya kembali padaNya dijalanNya. Hari ini masih boleh bernafas dan bergembira menikmati nikmatnya, tidakkah kau berasa bersyukur dan bertuah? Tidakkah engkau segan untuk tidak mengabdikan diri pada Allah sedangkan engkau senang lenang menikmati nikmat yang Dia kurniakan. MUHASABAH DIRI. Selalu ingatkan diri tentang kematian supaya engkau selalu mencari redhanya. Syukran Ya Allah atas semua kebaikan yang Engkau kurniakan. Aku tiada masa lagi untuk berseronok untuk duniaMu Ya Rahman, aku sedang perbaiki diri akan segala persiapan di alam akhirat kelak. ALLAHUAKHBAR !!





Thursday, 16 January 2014

Sanah helwah ya Atiqah



Alhamdulillah Ya Robbi
22 tahun yang lalu
Terkengkang-kengkang mak aku jalan
Termengah-mengah mak aku bercakap
Termengidam macam-macam nak makan
Pusing sana pusing sini masa nak tidur
Sebabnya aku dalam perot mak masa tu


Dia makan aku makan
Dia minum aku minum
Dia pi keje aku ikut
Dia masak aku teman
Dia tengok tv aku pun sama
Tapi aku diam membisu ja masa tu


9 bulan
Tertonggeng-tonggeng dia solat
Aku ikutkan saja
Terkumat-kamit mulut baca surah Alquran
Aku dengarkan saja
Lagi tadah tangan mintak pertolonganMu
Aku aminkan jua


Tibalah 17 Januari 1992
Yang mak kendong kehulu kehilir tu dah keluar
Baru tengok indahnya dunia
Siti Nur Atiqah Binti Zaihan namanya
Hari ni dia dah 22 tahun dah besar


Ya Allah Ya Robbi Ya Karim
Aku mohon padaMu
Haramkan neraka buat kedua ibubapaku
Permudahkan jalan keduanya ke SyurgaMu
Permudahkan segala urusan meraka didunia jua akhirat
Ampuni mereka dan bantulah mereka 







Terima kasih Ajnabiku




Alhamdulillah. Hadiah hari jadi yang ke 22 tahun. Makin bertambah umur makin mature makin pening ajnabi melayan kerenah aku. Apapun ini semua atas izin Allah. Kalau Dia kehendaki maka semua tidak mustahil. Syukran!

Tuesday, 14 January 2014

Ya Rasullullah



How wonderful life would be
If I could look upon your face
My tears will surely flow
From the glow of your calmness

How wonderful life would be
If I could kiss your hand
May blessings flow within me
To walk in your footsteps

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Never have I seen your face
Ya Rasullullah Ya Habiballah
We miss you

Allahummasoli ala Muhammad
Ya Robbi solli alahiwassalim
Allahummasoli ala Muhammad
Ya Robbi solli alahiwassalim

How wonderful life would be
If I could embrace you
No word can I say
For only God alone knows

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Never have I seen your face
Ya Rasullullah Ya Habiballah
We miss you

I know your love for ummah
ummati ummati
I know of your concern upon us
Grace us with syafa'ah




Monday, 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul



Maulidur Rasul
Ialah hari menyambut kelahiran Nabi terakhir 
Nabi Muhammad SAW


Bagaimana cara untuk mengenali beliau
Maka beramallah engkau dengan AlQuran
Sesungguhnya AlQuran itu lengkap mengenai beliau


Mohon hati-hati kita dijauhkan dari segala kesesatan
Diakhir zaman muncullah 73 golongan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
Cuma 1 golongan sahaja yang diterima Allah
Golongan Ahli SunnahWalJamaah


" Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan ku pada hari kiamat adalah orang yang banyak berselawat kepadaku"




Sunday, 12 January 2014

January 2014



January?
Why so surprise?
It is the month that I was born
Syukran Ya Robbi
Thank you mom & dad


Saturday, 11 January 2014

99 nama Allah


Hai lah perempuan
Engkau ingat kesemua nama Allah?

Jawab perempuan:-
TIDAK

Perempuan
Sungguh sadis diri engkau!

Perempuan
Dan perempuan itu adalah AKU








Love is the master of motivation










Ya Rabbi bantulah aku yang hina ini




Aku sudah tiada masa lagi untuk berseronok di dunia ini. Dunia ini terlalu tua untuk aku bermegah-megah dengannya. Aku mahu pulang sebagai hambaMu yang tunduk & takut pada ALLAH. Aku hamba yang hina penuh dengan debu dan dosa. Tiada yang ku dambakan selain Kasih sayangMu Ya Robbi. Cukuplah hanya Allah bagiku. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan dariMu. Hanya padamu tempat aku kembali. Allahuakbar...

Perempuan dan neraka jahanam

Mengapa?


Perempuan
Engkau tidak pernah bersendirian
Kerana engkau dijaga olehNya


Perempuan 
Engkau mudah ke syurga jua neraka
Jadi apa pilihmu?


Perempuan
Apa kau gila untuk ke neraka jahanam?
Tidak pulak engkau segan untuk ke syurga?


Perempuan
Jangan kau buka mulut lagi untuk berbicara perihal orang lain
Apa kau bagus sangat?


Dan perempuan itu adalah AKU


"Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakkan penduduknya adalah fuqara ( orang-orang fakir ) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita "




Haiya alassolah, haiya alalfalah

" Marilah bersembahyang, marilah menuju kejayaan "




Perempuan
Sempurnakah solat kau?
Bersolat pada waktunya ?
Apa cukup rukun solat kau ?
Apa kau hayati tiap yang kau baca?
Apa kau faham arti setiap surah?


Jawab perempuan
TIDAK
Dan perempuan itu adalah AKU


Perempuan
Apa mungkin kau fikir kau akan ke syurga Allah?
Tentu sekali TIDAK
Syurga Allah hanya buat hambanya yang TAAT
Apa kau taat pada perintah Allah?

Jika TIDAK maka LUPAKAN




"Sesungguhnya amalan mula-mula yang dihisab daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka Allah SWT berfirrman kepada para malaikatNya dan Ia maha mengetahui---- 

"Telitilah pada solat hambaku, adakah ia sempurnakannya atau menguranginya" 
Sekiranya lengkap sempurna maka ia ditulis sempurna, kiranya ada yang kurang, maka Allah berfirman : "Adakah terdapat solat-solat sunat yang dikerjakan?" Sekiranya solat-solat sunat itu ada, Allah SWT berfirman----

 " Sempurnakanlah bagi hambaKu pada solat fardhunya daripada solat sunatnya" Kemudian segala amalan dihitung melalui cara itu "





Wednesday, 8 January 2014

Mak dan ayah


The only diamond I have.
Masyaallah. Alhamdulillah. Subhanallah

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau haramkanlah neraka buat mak dan ayahku

Khusyukkah solat engkau wahai perempuan?

Khusyuk dalam solat



Ya Allah aku mahu solatku diterima,
 Aku mahu doaku dimakbulkan, 
Aku mahu ganjaran bagi tiap huruf yang aku lafazkan dari AlQuranmu,
Aku mahu kebaikanku dicatat,
Aku mahu Engkau redha akan aku.


Ya Allah aku tahu Engkau maha melihat
Aku tahu Engkau tahu aku sedang berusaha
Aku tahu Engkau nampak apa aku lakukan
dan akhirnya 
 Aku sedar hati aku Engkau yang pegang


Ya Allah aku tahu Engkau maha mendengar
Aku tahu Engkau dengar deritaku
Aku tahu Engkau dengar sakitku
Aku tahu Engkau dengar rintihanku
dan akhirnya
Aku sedar hanya Engkau tempat aku mengadu


Ya Allah teguhkanlah imamku, sematkan agamamu dihatiku, jauhilah aku daripada bisikan syaitan durjana. Tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai.


Pesan ayah :-
Sembayanglah ibarat kau sembahyang di depan ALLAH, dibelakangmu malaikat maut, di kananmu syurga dan di kirimu neraka.


Dan perempuan itu adalah AKU.

Tuesday, 7 January 2014

Persahabatan


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah,
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak gerinya,teringat akan kematian.


Rasullullah bersabda :-
" Kasihanilah seseorang secara sederhana sahaja,siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi musuhmu,bencilah orang yang engkau benci secara sederhana juga,siapa tahu suatu hari nanti dia menjadi sahabatmu "




Hijab buat engkau perempuan



Perempuan
Kalau Allah tunjukkan neraka di depan mu
lantas kau akan tutup setiap inci auratmu


Perempuan
Kalau kau boleh lihat malaikat maut yang sentiasa mendampingimu
lantas kau akan sentiasa memelihara auratmu


Perempuan
Nilai syurga buatmu itu hebat
maka marilah kita menjaga aurat


Perempuan
Auratmu itu adalah mahkota
Ingatlah dunia ini sementara
Kita ada satu alam lain yang cukup berbeda untuk ditempuhi
Apakah nasib kita di sana kelak ?


Perempuan
Tidakkah engkau menyanyangi ayahmu ?
" Selangkah anak perempuan itu keluar tanpa menutup aurat, selangkah juga ayahnya ke neraka "
Tidakkah kau kasian orang tuamu ?


Perempuan
Dan perempuan itu adalah AKU







Firman Allah :-
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar ), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan baik-baik maka dengan itu tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani "



Janji Allah itu pasti




Biar rebah jangan berubah
Biar terbuang terus berjuang
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Taala
Semakain dekat kepadaNya
Semakin kuat ribut taufan melanda
Usah resah bila diuji
Pasti kebahagiaan bakal dimiliki
Kerana janji Allah itu pasti

Recite AlQuran


Assalamualikum kalian sekalian.
2014. I am 22 years old.
And I just know how to recite Alquran.
Perlu rasa malu atau berbangga?


I think I should be grateful and thankful.
Masih diberikan kesempatan belajar ilmuNya yang meluas.
Sedang malaikat maut ada dimana-mana.
Menunggu arahan terus rentap nyawa tanpa ada lagi peluang ketika itu.


Terima kasih Ya Allah atas permudahkan jalan aku selama ini.
Sebak mengingat kembali zaman AlquranMu sebagai perhiasan.
Sebak mengimbas kembali zaman-zaman jahiliahku.


Ya Allah
Aku pinta padaMu Ya Allah
agar aku terus tabah mendalami ilmu agama mu
agar aku terus kuat menerima pembelajaran agama mu
agar aku terus istiqomah belajar kerana mu


Ya Allah
Aku pinta padaMu Ya Allah
agar tiap apa yang aku belajar menjadi bekalan aku di akhirat kelak
agar apa yang aku belajar dapat membantu kedua ibubapaku terus ke syurgamu
agar apa yang aku belajar dapat membantu kaum muslimin dan muslimat untuk terus berjihad di jalanmu


Amin Ya Robbi Alamin


Saturday, 4 January 2014

Membaca

Buku pertama dalam tahun 2014
Menyingkap 1001 hikmah solat subuh
Selama ni paling liat nak buat solat subuh dan isyak. Mungkin subuh terlalu awal dan isyak paling akhir. Kadang-kadang tak buat pun. Sampailah terbaca akan perkara ini dalam buku tersebut.


Rasullullah bersabda:-
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun merangkak"


-Terasa diri terlalu hina-

Thursday, 2 January 2014

2014

"Demi Allah aku tak kuat dan kerana Allah aku harus kuat"