Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Tidak perlu mencari seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, jika kasih tidak setulus Zulaikha. Mengapa mendambarkan teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah SAW.

Monday, 17 February 2014

aku rindu

Alhamdulillah. Atas izinmu Ya Allah.
Tuhan semesta alam. Dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Buat dian dan pasangan. 
Semoga berbahgia hingga ke syurga Allah.
Jadilah isteri yang solehah.



Lepas selesai di kenduri dian.Alhamdulillah.Semua starion ke pantai kelanang.Ya Allah aku rasa gembira sangat.Gembira tatap muka kawan-kawan.Dulu masing-masing pakai baju skolah.Sekarang tunggu masa nak kawen ja.

Ya Allah aku mohon Engkau berkatilah setiap dari mereka dengan rahmatMu.

  

Dah sampai pantai tu, masing-masing sibukla bergambar sakan. Paling best ada buat bbq sikit. Rezeki Allah jngn tolak. Alhamdulillah, bulan 5 ni keya pulak kawen dekat janda baik. jauh benoo. Kalau Allah izin, aku mesti sampai kat majlis ko tau. Jangan risau.



 

Hai semua. Cika gonna miss you guys.
  





 Berharap sangat ukhuwah ini sampai bila-bila. Sampai semua dah ade anak cucu. Sampai ke syurga Allah. Best masing-masing ade je yang nak cakap. Sampai je dekat Al.. "Al kenapa ko senyap je?". "Buat apa nak cakap nanti ada tersalah cakap, orang sakit hati" Perghhhh ustaz Al!


Tuesday, 28 January 2014

Tanda-tanda hati mati

  • Kita mengaku kenal dan cinta Allah tetapi tidak melaksanakan haknya.
  • Kita mengaku mencintai Rasullullah tetapi mengabaikan sunahnya.
  • Kita membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.
  • Kita memakan nikmat Allah tetapi tidak mensyukurinya.
  • Kita mengaku musuh syaitan tetapi mengikutnya.
  • Kita mengakui nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Kita mengaku adanya siksa neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya.
  • Kita mengaku bahawa kematian akan datang tetapi tidak berusaha mempersiapkan diri.
  • Kita sibuk membuka aib orang lain dan terlupa akan aib diri sendiri.
  • Kita menghantar dan mengubukan jenazah tetapi kita pula mengambil hikmah darinya.

Alim dan jahil

Orang jahil tidak pernah mengenal orang alim TETAPI orang alim mengenali orang jahil kerna suatu ketika dahulu dia juga pernah jahil.

Wallahualam